WAJ 3114

               KERTAS KERJA

 

BINA INSAN GURU FASA IV

KHIDMAT KOMUNITI

 

 

KUMPULAN SASARAN:

Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 4

( Amb. Jan 2012)

Major : Muzik, Matematik

 

 

TARIKH  :

                  27,28,29 Ogos 2013

 

 

                    TEMPAT  :

                  SK BONGOR

               GERIK

 

 

                   KERTAS KERJA DISEDIAKAN OLEH

                 Ross Lina Binti Mansor

                 Unit Kokurikulum

               IPGKPP

1.         Tajuk Kertas Program:   Program Perkhemahan Khidmat Komuniti Bina Insan Guru   Fasa IV

 

2.         Pendahuluan

 

Program ini di bawah pengawasan Unit Kokurikulum dan dilaksanakan oleh pelajar PISMP Amb Jan 2012, bersama mentor kumpulan masing-masing sebagai memenuhi proforma kursus WAJ 3114 Bina Insan Guru . Dijalankan dengan kerjasama pihak  sekolah dan masyarakat sekitar .

 

3.         Rasional:

 

3.1      Rasional Program

 

Guru merupakan ajen perubahan sosial , menyesuaikan diri dengan masyarakat merupakan seni yang harus dikuasai oleh seseorang guru agar khidmat yang disampaikan akan mudah diterima dan menjadi lebih efektif. Latihan guru perlu memberi peluang dan ruang untuk bakal guru berikteraksi dengan masyarakat dari kepelbagaian latarbelakang. Pengalaman yang sebegini merupakan aset berharga dalam membina modal insan bakal guru yang akan dilahirkan dari IPGKPP. Ia akan meningkatkan kesediaan dan keyakinan bakal  guru untuk berkhidmat di mana sahaja apabila tiba masanya kelak.

Selain dari memahirkan diri berinteraksi dengan kepelbagaian kaum, pelajar guru juga perlu diberi pendedahan tentang kepelbagaian lapisan masyarakat.

Oleh yang demikian Program Bina Insan Guru Fasa IV merupakan peluang terbaik untuk memberi peluang dan ruang kepada bakal guru mengenali keunikan budaya berbagi lapisan masyarakat.

 

 

 

 

 

3.2     Rasional Pemilihan Tempat:

 

SK Bongor dipilih kerana bersesuaian dengan objektif pelaksanaan program, iaitu memberi pendedahan kepada bakal guru tentang budaya berbagai lapisan masyarakat. Sekolah tersebut terletak di kawasan luar bandar , dengan masyarakatnya masih mengamalkan budaya tertutup.

Informasi yang dikumpulkan kelak dapat membantu pelajar guru membuat persediaan menyesuaikan diri sekiranya ditempatkan bertugas di luar bandar.

 

 

4.         Objektif:

 

4.1         Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.

 

4.2         Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang

     berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.

 

4.3         Menghayati dan menampilkan cirri-ciri kerohanian, nilai, etika dabn akhlak keguruan

 

4.4         Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan

              secara aktif dalam kumpulan.

4.5        Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi , rohani dan    sosial.

 

 

5.         Tarikh,  masa dan tempat:

 

             Tarikh              :           27,28,29 August  2013

 

            Tempat           :          SK Bongor, Gerik, Perak.

 

6.         Sasaran:

70  orang  pelajar guru PISMP

 

7.         Anggaran Perbelanjaan:

 

7.1       Makanan dan minuman   : Tanggungan pihak institut

 

          7.2         Perjalanan                      : Tanggungan pihak institut

 

          7.3       Penginapan                     : Mohon jasa baik pihak sekolah membenarkan pelajar guru menggunakan kemudahan   sekolah                                                                     sebagai  tapak perkhemahan dan pusat aktiviti.

 

 

 

8.     Pensyarah/ Peserta:

 

 

        8.1 Pensyarah: 10 orang

 

 

        8.2 Pelajar Guru: 70 orang

 

 

 

 

 

 

 

9.         Jadual/ Pengisian Program

 

HARI/MASA

7.00 pagi

9.00 pagi

10.00-12.00

2.30 ptg-3.00 ptg

4.00-6.00

8.30mlm-10.30mlm

Hari 1

Perjalanan

Mendirikan khemah.

Taklimat, suaikenal dengan keluarga angkat .

Program Khidmat Masyarakat

untuk warga sekolah:

 

1. Sukaneka

2. Motivasi

3. Keceriaan

 

Latihan Dalam Kumpulan

'Penyesuaian Diri Guru Permulaan'

Sesi Perkongsian pengalaman dengan pentadbir sekolah.

Hari 2

 

KEMBARA SOSIAL

9.00 pagi : Program bersama keluarga angkat

3.00 petang:  Gotong royong

 

Persembahan Guru Pelatih

Hari 3

Program Bersama Komuniti

 

Perjalanan Pulang

Majlis Penutup dan Refleksi

 

10.       Penutup

 

Adalah diharapkan cadangan Bina Insan Guru Fasa IV  ini akan mendapat sokongan yang sewajarnya dari pelbagai pihak yang terlibat demi memberi pengalaman dan peluang pelajar guru mempelajari kepelbagaian  persekitaran budaya sosial, fizikal dan psikologi masyarakat luar bandar.

 

Disediakan oleh:

(.....................................)

Penyelaras BIG Fasa .........