Piagam Pelanggan

Kami warga Pendidik dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:

 

  • Mendaftarkan semua pelajar PISMP, KDPM, KPLI dan PPG dalam komponen-komponen kokurikulum pengurusan kokurikulum, permainan, olahraga, unit beruniform dan persatuan pada minggu pertama pelajar-pelajar baru didaftarkan.

 

  • Menyampaikan taklimat kokurikulum pada minggu pertama kepada semua pelajar baru untuk memperjelaskan kepada mereka komponen-komponen kokurikulum.

 

  • Menyediakan dan mengisi data-data calon yang lengkap dalam borang pendaftaran kokurikulum.

 

  • Mengumumkan / mempamerkan senarai nama calon-calon yang telah membuat pilihan kokurikulum masing-masing dalam masa 7 hari bekerja selepas Majlis GERKO dan MPPP bersidang.

 

  • Mencetak, mengedarkan surat perlantikan serta senarai nama pensyarah-pensyarah penasihat, jadual waktu kokurikulum, senarai tugas kokurikulum, satu minggu sebelum kuliah rasmi dimulakan pada setiap semester.

 

  • Memastikan pengajaran dan pembelajaran aktiviti-aktiviti kokurikulum mengikut jadual yang ditetapkan bermula pada minggu pertama setiap semester selaras dengan perancangan yang disediakan dengan berkesan.

 

  • Memantau pergerakan aktiviti-aktiviti kokurikulum sekurang-kurangnya sekali satu semester dan membuat perbincangan di kalangan pensyarah penasihat untuk meningkatkan prestasi pelajar.

 

  • Menyediakan perkhidmatan perundingan dan nasihat oleh Jurulatih, Pengurus-pengurus dan Ketua-ketua Pensyarah Penasihat kokurikulum kepada pelajar yang bermasalah dalam bidang kokurikulum.

 

  • Membuat penilaian berterusan terhadap semua pelajar PPISMP, KDPM, KPLI dan PISMK dalam bidang kokurikulum mengikut garis panduan pemarkahan Bahagian Pendidikan Guru pada setiap akhir semester.