Visi dan Misi Serta Objektif

Visi

Sistem pelaksanaan dan penilaian kokurikulum ke aras kebolehpercayaan yang memenuhi keperluan dan kehendak piawaian yang digariskan oleh Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan  Malaysia.

Misi

Melaksana dan memproses penilaian kokurikulum dengan cekap dan sistematik.

Objektif

Memastikan proses penilaian semua komponen aktiviti kokurikulum dilaksanakan berdasarkan kepada kemahiran-kemahiran 4 K (Kemahiran Asas, Kemahiran Mengurus dan Mengelola, Kepegawaian dan Kejurulatihan, dan Kebolehan Memimpin).

Memastikan tahap pencapaian semua guru pelatih KDPM / KPLI dan PISMP dalam setiap komponen kokurikulum adalah tidak kurang 99.5%.

Memastikan guru-guru pelatih yang bertauliah dan berketrampilan dalam semua bidang kokurikulum.

1. Membolehkan pelajar-pelajar memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran asas dalam semua program/aktiviti kokurikulum ( persatuan, sukan @ permainan dan unit beruniform )

2. Memastikan para pelajar menguasai aspek pengurusan dan kepimpinan untuk membolehkan pelajar merancang, mengurus dan melaksankan semua aktiviti kokurikulum.

3. Mewujudkan sifat kepimpinan dan membina daya pemikiran kreatif, inovatif, dan daya tahan dalam menghadapi tugas dan tanggungjawab.

4. Melahir dan mengembangkan bakat, potensi dan kepimpinan guru pelatih dalam kegiatan sosial, kebudayaan dan khidmat masyarakat yang boleh membantu usaha ke arah mencapai matlamat integrasi, perpaduan dan masyarakat penyanyang.

5. Melahir dan mengembangkan bkat, potensi dan kepimpinan guru pelatih dalam kegiatan sosial, kebudayaan dan khidmat masyarakat yang boleh membantu usaha ke arah mencapai matlamat integrasi, perpaduan dan masyarakat penyayang.